Agama

Sembahlah Allah dan jauhi sifat sombong
DAN hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabur dan membangga-banggakan diri. (an-Nisaa’: 36)

Dalam ayat ini termaktub perintah untuk beribadat kepada Allah dan melarang beribadat selain daripada Allah sama ada benda, manusia, haiwan, malaikat atau pun syaitan.

Kemudian suruhan agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa secara khusus dan juga agar berbuat baik kepada kaum keluarga secara umum.

Amalkan berbuat baik kepada ibu bapa kerana fitrah manusia mudah lupa kepada orang yang banyak berjasa, memelihara dan mendidiknya sedari kecil. Apabila mereka telah tua dan jompo mereka sangat memerlukan pembelaan dan jagaan anak-anak mereka.

Sesungguhnya perintah Allah agar berbuat baik kepada kerabat yang memerlukan pertolongan seperti tetangga, anak-anak yatim dan orang miskin. Semua ini adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang, suasana mesra dan saling bertimbang rasa supaya manusia dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang baik.

Seterusnya suruhan berbuat baik dengan cara meninggalkan sifat-sifat buruk seperti sifat sombong, riak, kedekut dan seumpamanya. Menjauhi sifat-sifat mazmumah sebegini mampu memantapkan kejernihan jiwa dan menepis sikap membangga-banggakan diri dalam kehidupan.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s




%d blogger menyukai ini: