POLITIK malaysia

24 05 2008

Perlu hantar delegasi pujuk Dr. Mahathir
PULAU PINANG 23 Mei – UMNO diminta memujuk bekas Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali semula menyertai parti itu kerana tindakan beliau berada di luar parti merupakan satu kerugian besar kepada orang Melayu.

Veteran UMNO, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff (gambar) berkata, delegasi tersebut boleh disertai oleh pemimpin tertinggi dan veteran UMNO dengan diketuai oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, tindakan itu tidak akan merugikan atau menjatuhkan martabat seseorang kerana selama ini orang Melayu berpegang pada adat yang cukup tinggi.

”Dr. Mahathir juga ada maruah tetapi tidak dinafikan sebagai manusia, beliau juga mempunyai kelemahan tetapi saya yakin jika UMNO berbuat demikian, beliau akan mengubah pendirian.

”Mereka perlu memujuk beliau kembali menyertai UMNO dan apa pun masalahnya ia perlu diselesaikan menerusi dalam UMNO itu sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusoff, sebarang kenyataan atau tindakan yang dibuat Dr. Mahathir tidak boleh diambil mudah atau diperkecilkan kerana ia boleh mendatangkan kesan kepada masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pemimpin tertentu supaya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kekusutan dan mengeruhkan lagi keadaan.

”Hentikan kenyataan seumpama itu terhadap negarawan yang kita hormati kerana ia boleh merosakkan bangsa kita sendiri.

”Kenyataan daripada pemimpin yang mempunyai agenda masing-masing juga perlu dihentikan kerana ia boleh merosakkan kewibawaan Dr. Mahathir,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau juga berpendapat isu tersebut tidak perlu melibatkan campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana perkara tersebut perlu diselesaikan dalam UMNO sendiri.

SEPUTAR politik di malaysia


Aksi

Information

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s




%d blogger menyukai ini: