Anak muda tubuh ‘Geramm’ untuk bantah minyak
Khamis, 12 Jun 2008 • Kategori: Angkatan Muda, Berita Utama, Nasional
Inilah judul yang telah aku baca lewat surat kabar terbitan suarakeadilan, rupanya bukan di Indonesia saja yang mengadakan DEMO kenaikan BBM di negri malaysia juga terus bermunculan bagai iringan karnaval di musim perayaan masalahnya juga tidak beda harga BBM yang melambung. Untuk lebih akuratnya terus saja aku paste dari sumber suarakeadilan
KUALA LUMPUR 12 Jun (SK) – Beberapa organisasi, antaranya Angkatan Muda KeADILan (AMK), Anwar Ibrahim Club (AIC), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ikatan Kebajikan Rakyat sepakat menubuhkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak atau Geramm.
Ketika sidang media di Petaling Jaya, pagi ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan komited Geramm untuk terus menggembleng dan menggerakkan mobilisasi rakyat untuk menyatakan protes secara berterusan
“Gerram akan terus mendepani rakyat dan generasi muda untuk terus menyatakan protes agar kerajaan menarik balik kenaikan minyak di pasaran dan membincangkan kaedah serta formula terbaik demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Oleh yang demikian, Menurut Shamsul usaha protes akan dimulakan selepas solat jumaat esok di Kampung Baru seterus beberapa roadtour diseluruh Malaysia akan bermula selepas itu.
Petition Online
Sementara itu, Shamsul turut mengumumkan pelancaran laman web Geraam (http://www.geramm.org), dimana terdapat jadual program, bahan kempen, dan petisyen online bagi mengumpul pendapat rakyat yang tidak puas hati tentang kenaikan minyak./-fiq
berikut adalah gambar unjuk rasa di jalan-jalan di sekitar kuala lumpur
Kenaikan harga minyak, rakyat berhimpun tunjuk kemarahan
Posted on 13 June 2008
DIKEMASKINI (gambar didalam)KUALA LUMPUR, 13 Jun (SK) – Sekurang-kurangnya 2000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.
Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.
Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda
KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.
Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.
Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.
Bebeberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas. -fiq
<!–XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
–>